Senin, 11 November 2013

Islam yang Global.....

Banyak orang hendak memperjuangkan Islam......tetapi banyak yang salah paham dan mengamalkan Islam dari aspek2 tertentu sahaja...padahal dia ada aspek aqidah, syariah, tasawuf......ada juga yg sekedar memperjuangkan Islam di peringkat negara sahaja...padahal Islam itu bermula pada peringkat diri, keluarga, masyarakat, baru negara dan alam sejagat......jadi gimana sih sebenarnya Islam yg global itu???? ini jawabannya.....
Apa Itu Islam Global ?


Marilah kita mengenal Islam secara global
Global yang ringkas dan intensif sebagai ilmu pengetahuan
Untuk mengukur diri kita
seterusnya masyarakat dan negara
Sejauh mana Islam secara syumul itu telah
diamalkan di dalam kehidupan
Sama ada di peringkat individu, rumahtangga
masyarakat dan negara
Islam adalah agama syumul atau global
Global dan syumul itu berlaku di dalam empat peringkat
Global pada individu, global di dalam keluarga,
global di dalam masyarakat atau jemaah seterusnya negara
Syumul di dalam individu tidak sama dengan
global di dalam keluarga
Global di dalam keluarga tidak sama dengan
syumul di dalam masyarakat
Syumul di dalam masyarakat tidak sama dengan 
global di dalam negara



Mari kita mengenal Islam secara global di setiap peringkat
Global pada individu
Dia hendaklah mengetahui dan meyakini 
rukum iman secara ilmu
Iman itulah yang menjadi aqidah dan pegangannya
terutama Tuhan dicintai atau ditakutinya
Faham rukun Islam yang lima
serta mengerjakan dan menghayatinya
Tahu sifat mahmudah yang sepuluh seperti ikhlas, sabar
pemurah, amanah, tawadhuk, pengasih, tawakal dan lain-lain
Terbangun di dalam jiwanya sifat-sifat mahmudah itu
Faham juga sifat-sifat mazmumah 
yang menjadi lawannya dan membuangnya
seperti pemarah, hasad, dendam, sombong, riyak,
sum’ah, bakhil, tamak dan lain-lain
Faham halal haram dalam makan minum, pakaian, 
pergaulan dan lain-lainnya
Faham dosa-dosa besar dan kecil serta menjauhinya
Faham cara bersuci dan tahu mandi hadas



Global di dalam keluarga dan rumahtangga
sudah bertambah pula aspek-aspeknya
Suami atau ayah sebagai pemimpin keluarga
Mendidik, menjadi imam sembahyang
dan bertanggungjawab makan minumnya
pakaian dan tempat tinggalnya secara halal
Dia tempat rujuk keluarga, dihormati dan ditaati
Isteri atau ibu membantu suami 
di dalam mengurus anak-anaknya
dan tempat anak-anak bermanja-manja
Satu sama lain berkasih sayang dan bekerjasama
Nasihat-menasihati, maaf-bermaafan, bertoleransi dan berlapang dada



Masyarakat global atau jamaah global pula
Hormat menghormati, bertolong bantu
bekerjasama di antara jiran dengan jirannya
Harga diri dan penduduk setempat
Maruah dan nama baik satu sama lain kenalah dijaga
Ziarah-menziarahi terutama diwaktu kematian dan kesusahan
Keaiban jiran, penduduk setempat jangan dibuka
Orang miskin tidak meminta-minta
dan menjaga maruahnya
Orang-orang kaya pula senantiasa membantu
dan menolong orang-orang susahnya
Pemimpin masyarakat atau jamaah laksana ayah
Bertanggungjawab kepada masyarakat atau jamaahnya
Menjadi imam di dalam masyarakat, mendidik anggota masyarakat
atau anggota jamaah dan berlaku adil pula
Kasih sayang kepada orang bawahnya
Dan temapat rujuk orang ramai di dalam masyarakatnya
atau di dalam jemaahnya
Kalau ada masalah dan perbalahan
dialah yang menyelesaikannya
Tetamu yang datang di dalam masyarakat
Dihormati dan dilayan dengan baik
Masing-masing berebut-rebut 
hendak membawa ke rumahnya
Bahkan musafir yang kehabisan belanja
masing-masing memberi dan membantunya
Kebaikan sama-sama ditegakkan
Kejahatan sama-sama ditolak
Ulamak-ulamak ditempat itulah menjadi petunjuk
dan mejadi ikutan kerana wibawanya
Menjadi obor di masyarakatnya
Masyarakat mendapat cahaya kehidupan dari mereka
Adanya usaha-usaha untuk menghasilkan makan minum
pakaian, tempat tinggal, keperluan-keperluan masyarakat
tempat pendidikan kerana ia adalah fardhu kifayah



Akhir sekali negara Islam yang dicita-citakan
Globalnya pula lebih luas lagi
Pemimpin ada wibawa kerana ketaqwaannya
Dia ditaati, dihormati dan disayangi 
bahkan tempat rujuk rakyatnya
Rakyat dikasihani, dipertanggungjawab 
dan diberi keadilan yang saksama
Di dalam negara adanya berbagai-bagai sistem kehidupan
Demi untuk membawa umat hidup yang berkasih sayang
berdisiplin, murni dan harmoni
Al Quran dan Hadis adalah menjadi perlembagaan negara
Adanya sistem pendidikan yang membawa umat
mencintai Tuhan dan mengagungkan-Nya
Menghormati ibu bapa, guru-guru 
dan berkasih sayang sesama warganegara
Adanya sistem ekonomi yang sihat 
bersih daripada riba dan penindasan
Adanya sistem pentadbiran yang berasaskan 
ikatan hati dan jiwa
Hingga dasar yang ditulis berjalan dengan baik 
dan penuh kerjasama
Tiada khianat dan kecuaian di dalamnya
Adanya sistem perhubungan 
untuk kemudahan kehidupan rakyatnya
Tempat-tempat tinggal yang selesa
yang sesuai di zamannya
Adanya ketenteraan dan kepolisian 
yang dapat menjaga harga diri, agama, bangsa dan negara
Karena pengawal-pengawal itu
orang-orang yang bertaqwa pula
Agar tidak terjadi pagar makan padi
Sistem politiknya bersih  tiada jatuh-menjatuhkan
dan khianat-mengkhianati
Adanya sistem mahkamah yang bebas
Hakim-hakinya orang yang bertaqwa
Hingga keputusan atau hukum yang dijatuhkan
adil dan bertanggungjawab
Tiada rakyat yang teraniaya dan terzalim
Begitulah seterusnya adanya sistem-sistem yang lain
yang tidak perlu diperkatakan di sini
Selagi ia diperlukan oleh negara dan rakyat di zamannya kenalah diwujudkan
Semuanya itu termasuk fardhu kifayah



Setelah kita mempelajari global Islam di semua peringkat
Untuk hendak mencari global di dalam individu pun payah wujud di zaman ini
Karena itulah kerosakan dan gejala di dalam masyarakat berleluasa
Kerana itulah memperjuangkan negara hanya sia-sia sahaja
Sekalipun telah diberi kuasa dan dapat mengatur negara
Namun pengisian tidak berjaya
Justeru ia tidak bertapak di dalam individu setiap insan
Para pujangga ada berkata :
Dirikanlah kedaulatan Islam di dalam diri kamu,
Niscaya ia akan dapat ditegakkan di dalam negara kamu!!!



(Ustaz Ashaari Muhammad)

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Personil Lampion

Personil Lampion
dari kiri: Andrew Irfan Tan, Heri Adz-Dzakiy, Kelvin Ikhwan, AdeYoliand.